About Me

My photo
mentelaah bknlah satu kegemaran namun demi tanggungjawab ku gagahkn jua. menuntut di IIUM, biotech chemical engin. sentiasa tersenyum & tidak lokek berkongsi ilmu. namun awas!! aku umpama mawar berduri~~

~~singgah jap~~

ada org ckp hidup umpama roda
tp bagi diri ku
hidup seperti men dam ular
sgt r sukar nk berjaya n berada di puncak
tp sgt la senang tergolek2 jatuh ke bawah
hanya org yg brani n x mudah putus asa je mampu tamatkn permainan

1.4.11

episode 14 :- tabahlah hati

apabila direnung, ditilik dan dihitung, sudah terlalu lama aku berkampung di "sini". sinar keceriaan di wajah yang dahulunya ikhlas terpamer, kini seolah hanya mampu tersenyum paksa. cuma kekadang ketawa riang tatkala bergurau senda bersama rakan-rakan. kehidupan yang dialami tidak seperti yang diimpi. benar!! REALITI TIDAK SEMANIS MIMPI~~ 

bukanlah menyesali setiap ketentuan, namun percaturan hidup yang tiada penghujung membuat diri selalu rebah. persoalan : "mengapa??" "kenapa??" seperti tiada jawapan. "kalaulah~~" perkataan yang diharap mampu memusingkan semula waktu. itulah juga bukti diri sedang menyesal. 

hati semakin rapuh. jiwa semakin kecut. gayanya seperti hilang arah tujuan kerana yang terang kian pudar. semangat yang dahulunya membara semakin padam. harusbagaimana lagi supaya hati ini terus tabah diketika ini, esok dan seterusnya. TABAHLAH HATI walaupun hanyut bersama gelora yang semakin berliku deras. 

No comments:

Post a Comment

mereka = cinta hati saya!!

mereka = cinta hati saya!!
mom n dad d best in d world!!

my lovely brothers~

teman, sahabat dan rumets

hahahah~~