About Me

My photo
mentelaah bknlah satu kegemaran namun demi tanggungjawab ku gagahkn jua. menuntut di IIUM, biotech chemical engin. sentiasa tersenyum & tidak lokek berkongsi ilmu. namun awas!! aku umpama mawar berduri~~

~~singgah jap~~

ada org ckp hidup umpama roda
tp bagi diri ku
hidup seperti men dam ular
sgt r sukar nk berjaya n berada di puncak
tp sgt la senang tergolek2 jatuh ke bawah
hanya org yg brani n x mudah putus asa je mampu tamatkn permainan

22.2.11

special edition :- practical training

hujung minggu lalu aku telah mencipta satu memoir buat diri aku sendiri. setelah bertahun-tahun aku tinggalkan zaman kelasakan itu. siapa sangka tatkala ramai yang meragui kreadibiliti aku sabagai ketua, alhamdulillah group aku dinobatkan kumpulan terbaik dan juga satu-satunya pasukan yang memenangi untuk acara compass and bearing. (kemenangan sipi,,1/5)

ini adalah umpama mimpi menjadi nyata!! sehari sebelum aku dan kesemua 83 orang pelajar skill-recreation1 bertolak ke teratak riverview di tanjung malim, aku telah bermimpi mengenai kemenangan besar itu. namun, aku merahsiakannya dari ahli-ahli kumpulan aku. bimbang fokus mereka terganggu. sebagai ketua pasukan aku bertanggungjawab memikul tugasan yang sangat berat. juga menjaga keselamatan, perasaan dan hati mereka. bagi aku, mereka sedikit pun tidak mendatangkan sebarang masalah pada aku. malah, mereka memberikan kerjasama yang sangat membanggakan. al-maklumlah..semua ahli terdiri daripada puteri-puteri uia..(semua perempuan daa)

dari uia, kami bertolak sebelah malam (18hb 2) dan tiba di sana jam 12malam. namun, perjalanan tidak terhenti disitu. kami perlu berjalan kaki menyusuri jalan yang gelap, dikanan kiri hanyalah rimbunan hutan, pondok-pondok usang dan tanah perkuburan lama!! aku sedikit beruntung kerana tidak perlu berjalan kaki, namun amanah berat tergalas apabila 5 orang ketua kumpulan diberi tugasan menguruskan barang-barang perkhemahan yang diangkut menggunakan lori. sedangkan dengan menaiki lori perjalanan selama 20minit, ini pasti sangat jauh buat rakan-rakan yang perlu berjalan kaki..(1jam). setiba di lokasi perkhemahan, aduhai~~perlu melintasi jambatan gantung!! menangislah aku tak berlagu...

memandangkan hari sudah lewat pagi, aktiviti dikala itu adalah dirikan khemah,solat isyak, rehat dan tidur.
dihari kedua dimulakan dengan solat subuh berjamaah, kemudian bersarapan mudah, jimat dan mengenyangkan (roti dan tuna). aktiviti pertama dihari kedua, camp management dan tugasan kumpulan ku mendirikan  gadget berkolaborasi bersama kumpulan 5 (kumpulan lelaki dari section 2 a.k.a section aku lerr).
memang sangat mencabar apabila terdapat segelintir ahli yang tidak berapa nak bertanggungjawab. (skip!!)
setelah itu, bergotong royong menyediakan makanan tengahari. ala-ala main masak-masak ketika zaman kanak-kanak dahulu. benar-benar mengembalikan nostalgia. (sardin, telur dadar, sayur campur). mungkin terdapat segelintir manusia yang mengatakan bahawa makanan itu tidak sedap!! bagi aku, seandainya dia menghargai pertolongan dan susah payah insan lain, pasti dia tidak akan mengutuk makanan itu. (kecewa). 

p/s : gambar-gambar menarik menyusul di entry akan datang.

-----continue-------

1 comment:

  1. hahahahahaha..... ayat makan dalam di situ!!
    hurmm... anyway, experience yg sgt best kn... waiting 4 all d pict!!

    ReplyDelete

mereka = cinta hati saya!!

mereka = cinta hati saya!!
mom n dad d best in d world!!

my lovely brothers~

teman, sahabat dan rumets

hahahah~~