About Me

My photo
mentelaah bknlah satu kegemaran namun demi tanggungjawab ku gagahkn jua. menuntut di IIUM, biotech chemical engin. sentiasa tersenyum & tidak lokek berkongsi ilmu. namun awas!! aku umpama mawar berduri~~

~~singgah jap~~

ada org ckp hidup umpama roda
tp bagi diri ku
hidup seperti men dam ular
sgt r sukar nk berjaya n berada di puncak
tp sgt la senang tergolek2 jatuh ke bawah
hanya org yg brani n x mudah putus asa je mampu tamatkn permainan

28.2.11

special edition :- practical training (last episode)

hati yang kecewa sedikit pun tidak mencemarkan aktiviti kami malam itu. cultural night sememangnya sinonim dengan aktiviti perkhemahan. jadual asal iaitu blind trail telah ditukar ke acara cultural night atas sebab-sebab tertentu. tugasan, setiap kumpulan perlu menyediakan persembahan nyanyian,lakonan atau dikir barat bertemakan LANTERN atau pelita, lampu. aktiviti ini sangat menguji kreativiti kami dalam mencetuskan idea dalam masa yang singkat. kumpulan aku telah diminta untuk berlakon. idea dan keringat diperah bagi merealisasikan lakonan yang cemerlang. (ala kadar je sebenarnya)

akhirnya, jam 9 malam acara dimulakan. dan terkejutnya kami apabila diminta menjadi kumpulan pertama yang membuat persembahan. dengan lakonan berkonsepkan LANTERN kami mengisahkan perjalanan seorang pelajar miskin yang bercita-cita menggapai kejayaan. sejujurnya, persembahan kami yang terbaik kerana mempunyai input dan output yang disampaikan dengan cara yang berkesan. (memang suka puji diri sendiri). cultural night malam itu turut diceriakan oleh salah seorang AT: abang zack. berakhirnya malam kebudayaan, namun sebelum beradu, kami diminta untuk bekerjasama dan merangka jadual untuk berjaga malam (sentry). "sangat indah" apabila kumpulan kami terpaksa berjaga pada waktu 2-3 pagi. memandangkan ahli kumpulan ku 9orang, aku telah membahagikan kepada 2 kumpulan kecil untuk berkawal setiap setengah jam. alhamdulillah, tiada perkara aneh berlaku. (keadaan terkawal)

hari terakhir dan aktiviti hari ini yang sangat dinanti oleh setiap peserta. setelah bersarapan mee goreng bodoh bak kata aida (chef kami), jam 8.30 kami dibawa ke sungai untuk acara water tubing, first aid, cross river with rope and cross river without rope. pengalaman baru dan menarik buat diri aku. sesungguhnya aku tidak tahu berenang, sedikit sebanyak membuatkan aku cuak dan tidak yakin, takut lemas. namun aku percaya dengan kemampuan diriku yang suka mencuba. ditambah dengan kehadiran trainers yang berpengalaman. sangat seronok dan bersyukur tiada kejadian malang yang terjadi. (lebam-lebam 1 badan je). 

ditengah hari itu (20/2) acara terakhir berakhir dan setelah jamuan makan yang ditaja oleh trainers, kami bersiap-siap, mengemas untuk pulang. pada acara penutup itulah penyampaian hadiah dilangsungkan. keputusannya : group 4- acara compass and bearing, kumpulan terbaik : group 4 dan group 3. 

my hapening group 4!!



kemeriahan masak2
walaupun penat namun ini telah memberi aku seribu satu pengalaman baru yang sukar ditafsir dengan kata. terima kasih kepada kesemua ahli group 4 : cah, falah, aida, fara, shud, fifi, nik, rina yang sangat memberi kerjasama sepanjang camping ini. terima kasih jua buat cikgu rosly (trainer) dan bro. sidek (AT) yang sentiasa membantu. tidak dilupa buat group 5(rakan-rakan dari section2) yang turut memberi kerjasama. ini satu pengalaman yang sangat membanggakan aku. 




aktiviti membina gadget 
balik!!!!



all the section 2

~berposing sebelum meneruskan perjalanan pulang~


        -END-               

1 comment:

  1. hahahaha.... korg mmg best!! sweet memory n it was completely awesome babe!!!

    ReplyDelete

mereka = cinta hati saya!!

mereka = cinta hati saya!!
mom n dad d best in d world!!

my lovely brothers~

teman, sahabat dan rumets

hahahah~~