About Me

My photo
mentelaah bknlah satu kegemaran namun demi tanggungjawab ku gagahkn jua. menuntut di IIUM, biotech chemical engin. sentiasa tersenyum & tidak lokek berkongsi ilmu. namun awas!! aku umpama mawar berduri~~

~~singgah jap~~

ada org ckp hidup umpama roda
tp bagi diri ku
hidup seperti men dam ular
sgt r sukar nk berjaya n berada di puncak
tp sgt la senang tergolek2 jatuh ke bawah
hanya org yg brani n x mudah putus asa je mampu tamatkn permainan

23.2.11

special edition :- practical training (cont)

hari kedua di teratak riverview sangat menduga iman dan kekuatan fizikal serta menguji kesabaran. panasnya terik sang mentari hampir membuatkan aku rebah dipenghujung hari. namun, kekuatan puteri-puteri itu menyuntik kembali keazaman diriku. (sesungguhnya panas mentari di dunia hanya serpihan panas api neraka)

selesai menjamu selera ditengahari itu dan bersolat, kami diberi tugasan mengenalpasti bearing dan jarak setiap checkpoint yang telah dipilih. daripada 9checkpoint, hanya 5checkpoint sahaja dipilih dengan laluan checkpoint yang berbeza untuk setiap kumpulan. disinilah kemahiran menggunakan compass dan kepakaran mengagak sangat diperlukan. sinaran mentari semakin menyucuk kulit. kelihatan sekalian puteri-puteri sudah semakin kehilangan tenaga.

setelah aktiviti itu berakhir, terus sahaja aktiviti riadah bersambung. (sukaneka). 3 acara dimainkan iaitu cari gula-gula dalam tepung, baling belon dan saham-saham. aku secara personalnya tidak berapa nak amek bahagian sangat memandangkan kudratku semakin lemah dek dihakis terik mentari yang seumpama membakar kulit. dipenghujung acara, terjadinya satu tragedi yang hampir membuatkan kesemua peserta dihukum walaupun hanya segelintir kecil sahaja yang melanggar arahan. (aku mula sebak)

ternyata tragedi itu telah menyebabkan puteri-puteri itu semakin bertambah meluat terhadap insan itu. ketika juadah malam disediakan, masing-masing cuba membuat selamber tapi kehadiran insan itu telah benar-benar menjadikan suasana masak-masak tidak segembira tengahari tadi. ia melibatkan perasaan dan aku sendiri telah hanyut dengan perasaan sendiri..(sebak hingga airmata mengalir tanpa sedar). kesannya, jamuan malam itu tanpa suara-suara gembira.

p/s : masih tiada gambar, mungkin di entry akan datang

--------bersambung lagi-----------

No comments:

Post a Comment

mereka = cinta hati saya!!

mereka = cinta hati saya!!
mom n dad d best in d world!!

my lovely brothers~

teman, sahabat dan rumets

hahahah~~