About Me

My photo
mentelaah bknlah satu kegemaran namun demi tanggungjawab ku gagahkn jua. menuntut di IIUM, biotech chemical engin. sentiasa tersenyum & tidak lokek berkongsi ilmu. namun awas!! aku umpama mawar berduri~~

~~singgah jap~~

ada org ckp hidup umpama roda
tp bagi diri ku
hidup seperti men dam ular
sgt r sukar nk berjaya n berada di puncak
tp sgt la senang tergolek2 jatuh ke bawah
hanya org yg brani n x mudah putus asa je mampu tamatkn permainan

10.1.11

episode 8 :- coret-coret AJL

akhirnya, tirai AJL=Anugerah Juara Lagu yang ke 25 melabuhkan tirai. pemilik anugerah berprestij ini adalah ana rafali dengan lagu tolong ingatkan aku. satu keputusan yang diluar jangkaan dan menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan rakan-rakan. ramai yang menyangka lagu hanyut dendangan faizal tahir mampu menjuarai namum rezeki lebih berpihak kepada ana rafali. wow!! rm35,000 menjadi miliknya seorang. 


walaubagaimanapun, faizal tahir tidak pulang dengan tangan kosong apabila beliau memenangi anugerah persembahan terbaik menerusi lagu hanyut. itulah faizal tahir yang sentiasa memberikan kelainan dalam setiap persembahannya. sangat menakjubkan dan memukau. siap buat silap mata lagi~~cayalah!!


tempat kedua telah menjadi milik meet uncle hussien feat black dengan lagu drama king. lagu oleh taja dan lirik oleh tun teja. kagum mendengar suara black yang semakin menunjukkan peningkatan yang membanggakan. manakala tempat ketiga diraih lagu noktah cinta oleh hafiz. lagu oleh ajai. hafiz turut memaparkan satu gimik yang berkesan dan vokal yang mantap hingga beliau dinobatkan sebagai vokal terbaik. 


secara keseluruhannya, AJL25 kali ini boleh dianggap yang terbaik dari sebelum ini dengan penampilan artis-artis otai dan tersohor untuk acara pembukaan dan selingan. antaranya : frensisca peter, nash, m nasir, dato' sharifah aini, ziana zain dan dato' siti nurhaliza. persembahan daripada finalis-finalis AJL25 yang lain turut mengkagumkan dan telah memberi saingan yang sangat sengit hingga pasti membuat juri pening kepala.


mereka adalah barisan artis-artis pelapis yang terdiri daripada band indie dan artis rancangan realiti.

  1. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8
  2. Ku Ada Kamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8
  3. Cinta Sempurna – Yuna
  4. Pelita – Loque/Loque/A.P.I
  5. Berlari – Shazzy Ishak/Tomok
  6. Sofea Jane – Iswandy/Sham/Black Mentor
  7. Mencari Konklusi – Noh/Noh/Hujan
  8. Selamat Malam – Audi Mok/Faizal Tahir
  9. Ekstravaganza – Sam/Bunkface
  10. Jahat – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy
tahniah buat semua kerana telah berjaya hingga ke peringkat ini. cuma belum nasib berpihak kepada mereka. 

1 comment:

  1. akak...mmg xpuas aati..faizal tahir ptut mng..kikiki..
    tp ok la jgk ana tu mng..rzeki dy nk wat cm ne..:)

    ReplyDelete

mereka = cinta hati saya!!

mereka = cinta hati saya!!
mom n dad d best in d world!!

my lovely brothers~

teman, sahabat dan rumets

hahahah~~