About Me

My photo
mentelaah bknlah satu kegemaran namun demi tanggungjawab ku gagahkn jua. menuntut di IIUM, biotech chemical engin. sentiasa tersenyum & tidak lokek berkongsi ilmu. namun awas!! aku umpama mawar berduri~~

~~singgah jap~~

ada org ckp hidup umpama roda
tp bagi diri ku
hidup seperti men dam ular
sgt r sukar nk berjaya n berada di puncak
tp sgt la senang tergolek2 jatuh ke bawah
hanya org yg brani n x mudah putus asa je mampu tamatkn permainan

26.1.11

special edition :- skill yang mencabar 2

cara-cara nak guna kompas dah tau.. adab-adab dan cara beribadah ketika di dalam hutan pun dah diterangkan. tibalah giliran group aku untuk present about recreation ethics iaitu moral value yang perlu ada dan perlu dipatuhi ketika didalam hutan in order to get the best and comfort activities. 

.:7 principles Leave No Trace:.
plan ahead and prepare
travel and camp on durable sites
dispose of waste properly
leave what you find
minimize campfire impacts
respect wildlife
be considerate of other visitors

to more information please visit http://www.lnt.org/
-continue-

25.1.11

episode 11 :- DEMAM

seram sejuk
badan panas
sakit-sakit badan
not in mud
tomorrow has test
not study yet!!
so cold
mata nak pejam je
sah demam!!

20.1.11

episode 10 :- L.O.V.E


apa itu CINTA?? 
adakala cinta itu sukar ditafsir
adakala cinta itu sukar dimengerti
adakala cinta itu BUTA
benarkah??
 atau insan yang bercinta itu buta??
BUTA HATI..BUTA AKAL..
hingga tak nampak kebenaran

ALLAH ciptakan cinta itu suci
supaya manusia taat dan cinta pada yang SATU
mampukah cinta kita setia??
untuk selamanya~~

-cinta itu bukan hak kita-



19.1.11

special edition :- skill yang mencabar

ada sesuatu yang istimewa sem ni.. aku mencabar diri dengan mengikuti "skill class-recreation". erm..kalau rakan-rakan sekolah tahu,mesti dorang gelak tak hengat..
erm..apa tu recreation?? blajar apa tu??
recreation mean any activities indoor/outdoor that not making profit.. contohnya, camping, berkelah..
last class, aku belajar menggunakan kompas. yela,,sebagai persediaan untuk camp forest next month. payahlah juga nak mahir guna kompas. silap sikit boleh sesat tau!!
this week, my group will be present about the recreation ethics..
apa tu?? -continue-

15.1.11

episode 9 :- kepulangan yang dinanti

perkhabaran yang ku terima minggu lalu 
benar-benar buat aku tidak sabar menunggu hari itu
yup!!
akhirnya setelah 3tahun mereka kembali semula
kepulangan yang sepatutnya pada awal tahun 2010
kini kepulangan mereka dinanti
dan yang pasti kami sekeluarga berhimpun semula
riuhlah kembali rumah bonda 
apa tidaknya, 
telatah si kecil 2beradik pasti menghiburkan

bersyukur kehadrat Ilahi
destinasi pertukaran perkhidmatan abang ipar tidak lagi di luar negara
malah,
sekadar di negeri sendiri
mudahlah pertemuan diatur andai bonda rindu akan cucundanya

aku mulai menhitung hari
kepulangan yang dinanti adalah ketika aku juga turut bercuti
30 januari 2011
masih ada 2minggu lagi
namun,
jiwaku lebih meronta untuk pulang ke rumah
pasti bonda telah mula mengemas-ngemas
dikerahnya adinda bongsu itu dan ini
hehe~~

doa ku moga semuanya berjalan lancar
amin....

10.1.11

episode 8 :- coret-coret AJL

akhirnya, tirai AJL=Anugerah Juara Lagu yang ke 25 melabuhkan tirai. pemilik anugerah berprestij ini adalah ana rafali dengan lagu tolong ingatkan aku. satu keputusan yang diluar jangkaan dan menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan rakan-rakan. ramai yang menyangka lagu hanyut dendangan faizal tahir mampu menjuarai namum rezeki lebih berpihak kepada ana rafali. wow!! rm35,000 menjadi miliknya seorang. 


walaubagaimanapun, faizal tahir tidak pulang dengan tangan kosong apabila beliau memenangi anugerah persembahan terbaik menerusi lagu hanyut. itulah faizal tahir yang sentiasa memberikan kelainan dalam setiap persembahannya. sangat menakjubkan dan memukau. siap buat silap mata lagi~~cayalah!!


tempat kedua telah menjadi milik meet uncle hussien feat black dengan lagu drama king. lagu oleh taja dan lirik oleh tun teja. kagum mendengar suara black yang semakin menunjukkan peningkatan yang membanggakan. manakala tempat ketiga diraih lagu noktah cinta oleh hafiz. lagu oleh ajai. hafiz turut memaparkan satu gimik yang berkesan dan vokal yang mantap hingga beliau dinobatkan sebagai vokal terbaik. 


secara keseluruhannya, AJL25 kali ini boleh dianggap yang terbaik dari sebelum ini dengan penampilan artis-artis otai dan tersohor untuk acara pembukaan dan selingan. antaranya : frensisca peter, nash, m nasir, dato' sharifah aini, ziana zain dan dato' siti nurhaliza. persembahan daripada finalis-finalis AJL25 yang lain turut mengkagumkan dan telah memberi saingan yang sangat sengit hingga pasti membuat juri pening kepala.


mereka adalah barisan artis-artis pelapis yang terdiri daripada band indie dan artis rancangan realiti.

  1. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8
  2. Ku Ada Kamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8
  3. Cinta Sempurna – Yuna
  4. Pelita – Loque/Loque/A.P.I
  5. Berlari – Shazzy Ishak/Tomok
  6. Sofea Jane – Iswandy/Sham/Black Mentor
  7. Mencari Konklusi – Noh/Noh/Hujan
  8. Selamat Malam – Audi Mok/Faizal Tahir
  9. Ekstravaganza – Sam/Bunkface
  10. Jahat – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy
tahniah buat semua kerana telah berjaya hingga ke peringkat ini. cuma belum nasib berpihak kepada mereka. 

4.1.11

episode 7 :- aku dan alaska~ jodoh yang diimpikan

-ALASKA-

tiba-tiba nama itu sering terpacul dibibir
sentiasa ada di ingatan
---------------------------
bukanlah nama seseorang 
tapi sebuah negara
dimana??













kewujudannya dalam diari hidup ku tanpa sengaja
bagaimana??
aku sendiri tidak mengerti
sekadar mengetahui ia sebuah negara bersalji













lantas, 
ia menjadi jodoh yang diimpi
bukan sekadar gurauan kosong
namun cita yang ingin direalisasi
andai hati membawa diri
disinilah pilihan destinasi
==================



3.1.11

episode 6 :- bakal kerjaya ku

sesekali dilihat seolah-olah aku bakal menjadi doktor..
namun tidak~~
pembelajaran ku lebih menjurus ke arah pengkajian cell..


tapi ini baru permulaan~~ 






penjelajahan di alam cell pun bermula~~
siapa sangka begitu komplek & teratur sekali sistem di dalam badan kte


gambaran di atas berlaku di dalam cell kulit kte
begitu menarik untuk dikongsikan bersama~~

2.1.11

episode 5 :- azam yang masih belum tercapai

hari ni 2hb januari 2011
masih tiada azam baru
kerana azam yang dahulu masih belum terlaksana
tidak perlu gopoh
berjuta azam baru pun 
andai tidak tercapai
........................................
hanya sia-sia

mengimbau semula ceritera 2010
pahit manis suka duka
pergaduhan, pertengkaran, pertemuan, perpisahan dan percintaan
diadun sebati menjadi ramuan santapan hidup

fara dan shud
2 nama yang setia bersama
ariff
jodoh yang diharap selamanya
nina, dayah, fareha, azad, azdrin
sahabat baru yg semakin mesra

perjalanan ceritera ku tak jauh berbeza
setiap hari rutin yang sama
tiada yang menarik untuk tatapan umum
namun cukup menarik untuk menjadi sebahagian hidup ku
mewarnakan lagi rentetan sejarah berlalu

1 azam yang masih belum terlaksana
.........................................................
biarlah rahsia
tersemadi sempurna di dada hati
tergarap kemas di minda sanubari

"andai tercapai bulan dilangit, maka sempurnalah satu impian~"



mereka = cinta hati saya!!

mereka = cinta hati saya!!
mom n dad d best in d world!!

my lovely brothers~

teman, sahabat dan rumets

hahahah~~