About Me

My photo
mentelaah bknlah satu kegemaran namun demi tanggungjawab ku gagahkn jua. menuntut di IIUM, biotech chemical engin. sentiasa tersenyum & tidak lokek berkongsi ilmu. namun awas!! aku umpama mawar berduri~~

~~singgah jap~~

ada org ckp hidup umpama roda
tp bagi diri ku
hidup seperti men dam ular
sgt r sukar nk berjaya n berada di puncak
tp sgt la senang tergolek2 jatuh ke bawah
hanya org yg brani n x mudah putus asa je mampu tamatkn permainan

28.8.10

episode 3 :- exam vs raya

pabila ku hitung-hitung, adalah dalam 2minggu lagi nak sambut raya. sedangkan untuk ke tarikh keramat itu aku perlu melalui pelbagai rintangan. exam laaa pe lagi.. satu paper dah pn berlalu (math4). ini bermakna ada 4paper lagi. aduhai~~ esok paper fluid tp aku masih sempat berblogging n berfacebooking. bukanlah bermakna aku sudah cukup sangat bersedia untuk esok, tapi berehat sebentar sementara menanti azan zohor. heheh.. namun, akal, hati dan fikiran telah lama memikirkan hari raya sejak satu ramadhan lagi. tidaklah aku terlalu ghairah untuk berhari raya tetapi lebih menjurus untuk bersama keluarga. maklumlah, tidak pernah aku melepaskan peluang menyambut satu ramadhan bersama keluarga sebelum ini. malangnya, seminggu sebelum raya barulah aku dapat berbuka dan bersahur bersama mak, abah dan adik. sayu hati tatkala bertanya mak apakah juadah untuk berbuka hari ini. dan mak menjawab hanya buat nasi goreng. kesibukan mak membereskan tempahan baju raya ditambah hanya 3orang dirumah membuatkan mak xsudi untuk mnyediakan juadah yang banyak. alasannya tiada aku untuk menghabiskan makanan. memang aku suka makan lagi-lagi masakan mak. sangat rindu mak..

tambah pilu dihati apabila nasi yang aku beli di cafe mentah. tidak sampai hati hendak memberitahu mak di rumah. tidak mahu menambah kerisauan dia.. bukanlah jauh perjalanan kL-muar tp memandangkan stesen bas yang berpindah sementara ke bukit jalil memakan masa 1jam lebih dari gombak membuatkan aku sangat berkira-kira mengenai masa, wang dan keupayaan. lagipun mak telah menasihatkan untuk tidak selalu pulang memandangkan aku sentiasa sibuk dengan exam, test dan assignment yang melambak.

antara exam dan raya, aku akui memang aku lebih memikirkan raya dan rumah. ini tidak bermakna aku mengabaikan exam walaupun realitinya aku mengharapkan hari ini cepatlah berlalu. mujurlah aku punya sahabat-sahabat yang turut sama merasa kepedihan yang sama. dan aku punya si dia yang sentiasa memberi sokongan walaupun aku tahu jauh disudut hatinya dia lagi merindui keluarganya memandangkan dia tidak pernah pulang ke rumah sejak memulakan sem kali ini.

apapun, aku sedar perkara pertama yang harus aku ingat adalah bersyukur dengan setiap kurniaan Allah. pasti ada hikmat perjalanan hidup ku kali ini seperti ini.

No comments:

Post a Comment

mereka = cinta hati saya!!

mereka = cinta hati saya!!
mom n dad d best in d world!!

my lovely brothers~

teman, sahabat dan rumets

hahahah~~