About Me

My photo
mentelaah bknlah satu kegemaran namun demi tanggungjawab ku gagahkn jua. menuntut di IIUM, biotech chemical engin. sentiasa tersenyum & tidak lokek berkongsi ilmu. namun awas!! aku umpama mawar berduri~~

~~singgah jap~~

ada org ckp hidup umpama roda
tp bagi diri ku
hidup seperti men dam ular
sgt r sukar nk berjaya n berada di puncak
tp sgt la senang tergolek2 jatuh ke bawah
hanya org yg brani n x mudah putus asa je mampu tamatkn permainan

19.8.10

1st episode :- pemberian yang seikhlas hati

18 Ogos 1988 saat aku dilahirkan di sebuah hospital di daerah Muar. semalam,sudah 22 tahun aku melihat dunia dan ini menandatakan aku sudah cukup matang untuk berdiri sendiri. aku sangkakan diketika umurku sebegini sudah tiada lagi yang mahu memberikan hadiah. bagiku cukuplah sekadar ucapan selamat ulang tahun dari mereka yang masih mengingati. setiap tahun walaupun tanpa hadiah mereka tetap mengingati hari lahirku. merekalah keluarga ku tercinta :- mak,abah, abang, kakak dan adik. namun aku tahu jauh disudut hati mereka sentiasa menghadiahkan doa-doa yang tak pernah putus. dan buat mereka adalah hadiah kejayaan ku di masa hadapan. insyaAllah~~

tidak lupa buat sahabat-sahabat suka duka sentiasa menemani diriku ini. gelak tawa dan tangis duka dikongsi bersama. bukanlah aku meminta kamu berdua memberi hadiah setiap kali hari lahir ku kerana aku tidak diajar untuk meminta-minta. namun jika hadiah dihulur seikhlas hati, aku terima dengan ucapan terima kasih tidak terhingga. seandainya tiada hadiah, kamu hadiahkanlah aku satu persahabatan yang kekal selamanya kerana itulah satu-satunya hadiah paling terindah di hari lahirku. buat kamu :- shud dan fara, aku harapkan yang terbaik di dunia dan akhirat. kamulah sahabat yg tersemat di hatiku.

teristimewa juga buat si dia yang hadir memeriahkan lagi suasana hidup ku. hadiah pemberiannya aku terima setiap tahun. tanpa jemu dan penuh kejutan dia cuba membahagiakan aku. namun antara cinta dan cita-cita, dia seperti aku ingin mengejar keduanya tanpa mahu yang dikendong berciciran. buat dia, terima kasih kerana sentiasa disisi tanpa meminta balasan pulang. doaku agar hubungan yang dibina sekian lama ini terus berkekalan hingga ke akhir zaman.


2 comments:

  1. ohh2~~ shuweet lah 'si die' kamo ituh.
    semoga berkekalan hendaknya.
    ~wink2~

    ReplyDelete

mereka = cinta hati saya!!

mereka = cinta hati saya!!
mom n dad d best in d world!!

my lovely brothers~

teman, sahabat dan rumets

hahahah~~