About Me

My photo
mentelaah bknlah satu kegemaran namun demi tanggungjawab ku gagahkn jua. menuntut di IIUM, biotech chemical engin. sentiasa tersenyum & tidak lokek berkongsi ilmu. namun awas!! aku umpama mawar berduri~~

~~singgah jap~~

ada org ckp hidup umpama roda
tp bagi diri ku
hidup seperti men dam ular
sgt r sukar nk berjaya n berada di puncak
tp sgt la senang tergolek2 jatuh ke bawah
hanya org yg brani n x mudah putus asa je mampu tamatkn permainan

1.11.10

episode 4 :- hai hai again~~

hello everyone!! long time no see...
erm..berada dalam mud exam,,sedang exam final..
tiba-tiba terdetik hati nak menulis disini..
sekadar ingin bercerita sedikit..
but there is no story.. heheh..
im just finished my 1st paper last week..organic chem..
well,,ok lah...alhamdulillah..
next paper will be on 4th november..fluid..huh!! i dont know...
then,,8th november-math4..i have to struggle hard..
november, 9th will be microb..i hope i can do it!!
last paper on 13th---> thermo.. i stil have hope for this subject..hopefully..
ok! thats it..

28.8.10

episode 3 :- exam vs raya

pabila ku hitung-hitung, adalah dalam 2minggu lagi nak sambut raya. sedangkan untuk ke tarikh keramat itu aku perlu melalui pelbagai rintangan. exam laaa pe lagi.. satu paper dah pn berlalu (math4). ini bermakna ada 4paper lagi. aduhai~~ esok paper fluid tp aku masih sempat berblogging n berfacebooking. bukanlah bermakna aku sudah cukup sangat bersedia untuk esok, tapi berehat sebentar sementara menanti azan zohor. heheh.. namun, akal, hati dan fikiran telah lama memikirkan hari raya sejak satu ramadhan lagi. tidaklah aku terlalu ghairah untuk berhari raya tetapi lebih menjurus untuk bersama keluarga. maklumlah, tidak pernah aku melepaskan peluang menyambut satu ramadhan bersama keluarga sebelum ini. malangnya, seminggu sebelum raya barulah aku dapat berbuka dan bersahur bersama mak, abah dan adik. sayu hati tatkala bertanya mak apakah juadah untuk berbuka hari ini. dan mak menjawab hanya buat nasi goreng. kesibukan mak membereskan tempahan baju raya ditambah hanya 3orang dirumah membuatkan mak xsudi untuk mnyediakan juadah yang banyak. alasannya tiada aku untuk menghabiskan makanan. memang aku suka makan lagi-lagi masakan mak. sangat rindu mak..

tambah pilu dihati apabila nasi yang aku beli di cafe mentah. tidak sampai hati hendak memberitahu mak di rumah. tidak mahu menambah kerisauan dia.. bukanlah jauh perjalanan kL-muar tp memandangkan stesen bas yang berpindah sementara ke bukit jalil memakan masa 1jam lebih dari gombak membuatkan aku sangat berkira-kira mengenai masa, wang dan keupayaan. lagipun mak telah menasihatkan untuk tidak selalu pulang memandangkan aku sentiasa sibuk dengan exam, test dan assignment yang melambak.

antara exam dan raya, aku akui memang aku lebih memikirkan raya dan rumah. ini tidak bermakna aku mengabaikan exam walaupun realitinya aku mengharapkan hari ini cepatlah berlalu. mujurlah aku punya sahabat-sahabat yang turut sama merasa kepedihan yang sama. dan aku punya si dia yang sentiasa memberi sokongan walaupun aku tahu jauh disudut hatinya dia lagi merindui keluarganya memandangkan dia tidak pernah pulang ke rumah sejak memulakan sem kali ini.

apapun, aku sedar perkara pertama yang harus aku ingat adalah bersyukur dengan setiap kurniaan Allah. pasti ada hikmat perjalanan hidup ku kali ini seperti ini.

21.8.10

episode 2:- Hari Raya and Midterm Test

ermm~~ serabut akal tatkala memikirkan midterm test yang tidak lama lagi. namun ulangakaji masih juga tidak dimulakan. kononnya mahu menyiapkan lab report yang perlu dihantar minggu depan. tapi ia juga tidak dilakukan. hakikatnya diri ku dipengaruhi penyakit MALAS iaitu satu penyakit yang sangat berbisa. walaubagaimanapun, aku sangat gembira malam ini. tidak sabar rasanya menantikan hari esok mahu keluar bersama-sama kedua rakan :- shud dan fara.

esok adalah satu-satunya hari yang sesuai untuk bershoping raya memandangkan hujung minggu seterusnya aku akan sibuk menghadapi midterm test.

                                        25/08 --> math 4
                                        29/08 --> fluid
                                        30/08 --> organic
                                        01/09 --> microb
                                        02/09 --> thermo
jadual midterm test yang sangat padat. mampukah?? insyaallah..yakin pada diri,usaha gigih, doa dan tawakal pada Allah. moga segalanya berjalan lancar. amin~~

apakah persediaan untuk raya??
        baju raya, aksesori (rantai, earring, brooch, cincin, gelang), kasut, selendang/tudung
        buat famli :- butang baju mutiara untuk abah, brooch cantik-cantik buat mak, wallet buat abang n pe nk bagi kat adik ye??

apabila semua persiapan raya telah selesai, barulah tumpuan terhadap pelajaran dapat dilaksanakan. setelah itu, tidak sabar untuk pulang ke kampung pada 4/09 bagi menyambut hari raya di rumah. diharapkan hari raya tahun ini dapat disambut dengan meriah walaupun tanpa kakak, abang ipar dan si comel berdua yang tidak dapat pulang ke tanah air. dan diharap juga sekalian saudara mara dapat pulang ke kampung bersama-sama meraikan hari raya.

~~my sweet famly~~

19.8.10

1st episode :- pemberian yang seikhlas hati

18 Ogos 1988 saat aku dilahirkan di sebuah hospital di daerah Muar. semalam,sudah 22 tahun aku melihat dunia dan ini menandatakan aku sudah cukup matang untuk berdiri sendiri. aku sangkakan diketika umurku sebegini sudah tiada lagi yang mahu memberikan hadiah. bagiku cukuplah sekadar ucapan selamat ulang tahun dari mereka yang masih mengingati. setiap tahun walaupun tanpa hadiah mereka tetap mengingati hari lahirku. merekalah keluarga ku tercinta :- mak,abah, abang, kakak dan adik. namun aku tahu jauh disudut hati mereka sentiasa menghadiahkan doa-doa yang tak pernah putus. dan buat mereka adalah hadiah kejayaan ku di masa hadapan. insyaAllah~~

tidak lupa buat sahabat-sahabat suka duka sentiasa menemani diriku ini. gelak tawa dan tangis duka dikongsi bersama. bukanlah aku meminta kamu berdua memberi hadiah setiap kali hari lahir ku kerana aku tidak diajar untuk meminta-minta. namun jika hadiah dihulur seikhlas hati, aku terima dengan ucapan terima kasih tidak terhingga. seandainya tiada hadiah, kamu hadiahkanlah aku satu persahabatan yang kekal selamanya kerana itulah satu-satunya hadiah paling terindah di hari lahirku. buat kamu :- shud dan fara, aku harapkan yang terbaik di dunia dan akhirat. kamulah sahabat yg tersemat di hatiku.

teristimewa juga buat si dia yang hadir memeriahkan lagi suasana hidup ku. hadiah pemberiannya aku terima setiap tahun. tanpa jemu dan penuh kejutan dia cuba membahagiakan aku. namun antara cinta dan cita-cita, dia seperti aku ingin mengejar keduanya tanpa mahu yang dikendong berciciran. buat dia, terima kasih kerana sentiasa disisi tanpa meminta balasan pulang. doaku agar hubungan yang dibina sekian lama ini terus berkekalan hingga ke akhir zaman.


13.7.10

"the best experiances"

cara terbaik nak belajar tentang kehidupan adalah melalui pengalaman.
pengalaman yang terbaik datangnya dari perangai dan tingkah laku manusia kerana manusia ni umpamanya rambut sama hitam tapi hati lain2.
ini pepatah orang dulu2.
tetapi pepatah yang aku cipta bersesuaian dengan zaman sekarang ni

"rambut pun dah macam2 warna,,,hati entah apa2 la agaknya..."


bukanlah nak menyinggung mana2 pihak tapi itulah kenyataannya....

12.7.10

just the beginning

salam sume...
1st time ni tulis blog..
so,,,,little bit blurr...
nice 2 meet everyone..
hi, im amia damia..
this is "once upon a time"
HOPE ENJOY!!

mereka = cinta hati saya!!

mereka = cinta hati saya!!
mom n dad d best in d world!!

my lovely brothers~

teman, sahabat dan rumets

hahahah~~