About Me

My photo
mentelaah bknlah satu kegemaran namun demi tanggungjawab ku gagahkn jua. menuntut di IIUM, biotech chemical engin. sentiasa tersenyum & tidak lokek berkongsi ilmu. namun awas!! aku umpama mawar berduri~~

~~singgah jap~~

ada org ckp hidup umpama roda
tp bagi diri ku
hidup seperti men dam ular
sgt r sukar nk berjaya n berada di puncak
tp sgt la senang tergolek2 jatuh ke bawah
hanya org yg brani n x mudah putus asa je mampu tamatkn permainan

4.8.12

Pudarnya Pesona Cleopatra

nukilan : Habiburrahman El Shirazy

ternyata novel ini menyedarkan aku mengenai sesuatu. betapa kecantikan wajah dan luaran tiada bererti tanpa kecantikan dari hati yg murni.

"mengisahkan seorang lelaki yang terpaksa berkahwin dengan seorang wanita atas pilihan ibu. malangnya cinta si lelaki bukan untuk si isteri. kerana pernah menuntut di tanah arab, hatinya lebih berimpian untuk memperisterikan seorang gadis berketurunan Cleopatra. sedangkan dia telah dianugerahkan dengan seorang isteri yang cukup sempurna amalan agamanya. sedikit pun tidak merungut atas layanan si suami yang ala kadar.
Allah telah memberi petunjuk kepada si lelaki ini. pengalaman daripada rakan-rakan yang pernah memperisterikan wanita berketurunan Cleopatra ternyata menyedarkan si lelaki. ujar mereka, ye, gadis-gadis dari tanah arab memang cantik dan tiada tandingnya. namun, itu hanya luaran. mereka lebih memilih harta dan mementingkan diri sendiri.
disaat si lelaki mulai jatuh cinta kepada si isteri yang berada di kampung kerana ingin melahirkan, ternyata dia sudah terlewat. si isteri telah kembali kepada Pencipta. mengalir air mata darah sekalipun tiada gunanya. mungkin si isteri tidak secantik gadis berketurunan Cleopatra namun dirinya diselimuti kecantikan agama yang suci."

ingatan buat ku dan semua : hiasi diri dengan peribadi yang murni lagi suci~ 


24.7.12

EIT at DOE

di sini aku belajar dunia sebenar
tiada dalam buku
bertemu ramai makhluk tuhan
pelbagai karenah

di sini aku belajar menjadi dewasa
matang
menimba ilmu dari yang berpengalaman
refleksi diri

di sini aku mengenali diri sendiri
kerdilnya aku berbanding mereka
ternyata dunia ku berbeda
mampukah??
mudah-mudahan...
selagi ada doa dan usaha untuk kehadapan


28.4.12

bila final exam menjelang

pengkaji : mindteddy.blogspot.com
tajuk kajian : tinkah laku dan sikap para pelajar dikala final exam semakin hampir
cara kajian : pemerhatian dari sepasang mata, pengalaman diri sendiri dan kenalan rapat

keputusan:
1. mulalah terkejar kesana sini, jumpa lecturer, discussion sebab nak siapkan projek, assignment yg nak kene hantar sebelum final exam.

2. muka masing-masing da start tegang, nak senyum pun payah kadang-kadang. sampaikan member nak tegur pun takut. ditambah lagi dengan jerawat yg membiak sakan kat muka. nampak sangatlah ke'tention'an nye.

3. stok kopi and nescafe 3 in 1 menjadi pilihan. yela,,nak stay up sampai pagi. lepas tu mata pun bertukar jadi mata panda.

4. selera makan bertambah dan ada tu tak de selera nak makan sangat. yg ini depends on individu. ada segelintir pelajar pantang nampak makanan sumbat je. alasannya, tention lah!! ada sesetengah tu pulak sampai kurus mendadak sebab stress tak lalu nak makan walaupun yg de depan mata makanan paling sedap di alam semester.

5. bilik dah macam tongkang pecah. al-maklum lah penuh bersepah dengan kertas-kertas, buku-buku. jangan haraplah nak sapu bilik. tapi yg rajin tu de jugak lah sapu-sapu lantai.

rumusan:
dari pemerhatian yg dilakukan, dapat disimpulkan bahawa final exam telah mendatangkan impact yg sangat besar kepada sekalian pelajar termasuk saya. sebenarnya banyak lagi keputusan perubahan sikap pelajar yg diperolehi dari kajian yg tidak diiktiraf  dan tidak disponsor dari mana-mana pihak ini. sekadar suka-suka dan tiada yg terasa.

p/s : didoakan selamat menjawab soalan final exam dengan jayanya dan selamat berjuang!! ;)

mereka = cinta hati saya!!

mereka = cinta hati saya!!
mom n dad d best in d world!!

my lovely brothers~

teman, sahabat dan rumets

hahahah~~